Take It & Shuvit

Take It & Shuvit ialah album studio sulung oleh kumpulan rock Malaysia, Pop Shuvit, dikeluarkan pada 2002 oleh Positive Tone dan EMI.[2] Album ini mengandungi 15 lagu dan merupakan album pertama dan terakhir Pop Shuvit bersama bekas ahli Poetic Ammo, Point Blanc.[3] Versi pembungkusan semula album ini, Take It & Shuvit Again dikeluarkan pada 20 Disember 2003.[4]